Monday, November 9, 2009

::....Antara Mata Dan Hati.....::



Kita manusia selalu lupa
Bila melihat dunia yang indah ini
Tidak terasa langsung kebesaran Allah
Bila mendapat musibah, kita lupa bahawa kita hanyalah
seorang hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya

Sepatutnya kita perlu rasa malu kepadaNya
Kerana segala anugerahNya pemberian
berharga kepada kita
Membuat dosa perlu ada rasa kekesalannya

Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan

Bahkan dilupakan saja
Semua orang rasa bangga dengan dosa

Bila menyebut neraka
Tidak terasa akan gerunnya
Bila menyebut syurga
Tidak terasa akan nikmatnya

Itu menunjukkan
Jiwa kita mati atau buta

Sama-sama kita koreksi diri kita
sejauh manakah amalan kita selaku hamba





...............RENUNG-RENUNGKANLAH................

No comments:

Post a Comment